Program Cuti Sekolah @ Nadi Kidventure
24 Disember 2025 | Aktiviti TerkiniPada 23 Disember 2025, telah diadakan Program Cuti sekolah Webinar NADI Kidventure Topik Keusahawanan bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi kedua bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Melalui webinar ini peserta akan belajar bagaimana cara untuk memulakan perniagaan tanpa modal, konsep 3P iaitu Pelanggan, Produk dan Perancangan. Selain itu, peserta juga akan belajar mengenai urus kewangan dengan cara mudah. Tenaga pengajar memberi penerangan dan contoh situasi yang jelas untuk peserta faham mengenai topik keusahawanan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: